Pengarah MBDK didakwa terima suapan RM3,500
Iklan
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat MBDK, Nor Hasyimah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas. Foto Bernama
SHAH ALAM - Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas.
Pengakuan Nor Hasyimah Tamziz, 50, direkodkan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Iklan
Iklan
Tertuduh didakwa menerima wang itu daripada seorang kontraktor berusia 54 tahun yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya di sebuah bank di Klang, dekat sini pada 9 Mei 2019.
Nor Hasyimah didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Iklan
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam V. Ayasamy merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 kerana tertuduh menanggung empat anak.
Hakim membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport ke makamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai, selain menetapkan 5 Mei ini sebagai sebutan semula kes. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>