Burger 1.5kg ganti kek kahwin

Iklan
Sepasang suami isteri memilih burger bersaiz besar seberat satu setengah kilogram (kg) sebagai pengganti kek yang dihidangkan di majlis perkahwinan mereka.

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri memilih burger bersaiz besar seberat satu setengah kilogram (kg) sebagai pengganti kek yang dihidangkan di majlis perkahwinan mereka.

Dzulikhwan Ahmad Mokhtar, 50, berkata, kek burger dua tingkat itu merupakan permintaan anak lelakinya untuk dipotong ketika majlis persandingan pada November lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia yang juga peniaga burger di Teluk Pulai, Klang itu hanya menurut permintaan anak demi hari bahagia pasangan pengantin berkenaan.

"Rata-rata tetamu yang hadir pada majlis itu teruja menunggu pengantin memotong burger. Mungkin ada yang kata pelik, tapi sebenarnya inilah yang menarik dalam kehidupan.

Iklan

"Tak semestinya kek kahwin perlu mengikut tradisi biasa. Yang penting ia membawa makna dan kebahagian kepada pengantin," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dzulikhwan (kanan) hanya menurut permintaan anak demi hari bahagia pasangan pengantin berkenaan.

Menerusi perkongsian video di TikTok, kek burger tersebut mendapat perhatian ramai warga maya.

Iklan

Rata-rata bersetuju idea tersebut sangat menarik untuk dicuba orang ramai untuk pelbagi acara bagi mencipta kelainan dan selera.

"Barulah tak membazir nanti, pasti habis dimakan ni nanti. Idea yang sangat menarik," kata Mimi.

"Selama ini buat tak tau je kalau nampak kek pengantin, yang ni memang kena minta sikit," ujar Ain pula.

Tulis Zulaihoo,"sebagai seorang yang tak suka manis, ini lebih baik daripada kek kahwin sebenar itu."