Mengapa perlu takut dengan teknologi?
Iklan
Sejak dahulu lagi, manusia cenderung untuk menolak teknologi baharu apabila ia mula diperkenalkan. - Gambar hiasan
SEJAK dahulu lagi, manusia cenderung untuk menolak teknologi baharu bila ia mula diperkenalkan. Sebaik sahaja Johannes Gutenberg memperkenalkan ciptaan mesin cetak pada kurun ke-15, sebilangan sarjana dan pemimpin agama melihat ia sebagai ancaman.
Menurut mereka, nilai tradisional menuntut ilmu akan menurun apabila murid tidak perlu lagi menyalin dan juga menghafal.