Kartel apa pula di MRSM
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kewujudan kartel kontraktor dalam MRSM.
TERKEJUT beruk Awang baca kenyataan Pengerusi Mara tentang wujudnya ‘kartel kontraktor’ dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Kartel apa pula yang dimaksudkan oleh Tuk Asyraf Wajdi Dasuki ini?
Bila sebut saja kartel, Awang terbayang macam ada mafia dalaman atau macam dalam kes gerakan haram atau organisasi gelap yang kawal semua perkara. Awang terfikir mungkinkah ada gerakan sedemikian dalam MRSM yang kawal tender kontrak, perolehan dan sebagainya.