Pemilihan Bersatu, JPP batal dua persidangan
Iklan
Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk membatalkan persidangan cawangan di dua bahagian selepas menerima bantahan berhubung persidangan tersebut yang berlangsung pada 15 dan 16 Februari lalu di seluruh negara.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kedua-dua cawangan tersebut dalam Bahagian Kuala Terengganu yang bersidang pada 15 Februari dan Bahagian Teluk Intan yang juga bersidang pada tarikh sama.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu menurutnya, cawangan-cawangan berkenaan hendaklah mengadakan semula persidangan tahunan masing-masing dalam tempoh ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi iaitu bermula 15 Februari hingga 29 Mac depan.
"Persidangan cawangan-cawangan ini hendaklah dikawal selia JPP Peringkat Pusat dengan kerjasama JPP Peringkat Negeri," kata Pengerusi JPP itu dalam satu kenyataannya hari ini.
Iklan
Mengulas lanjut, katanya, JPP mendapati bahawa sebahagian besar masalah ditimbulkan adalah berkait dengan kegagalan untuk mengikut peraturan persidangan ditetapkan parti dan ahli-ahli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai persidangan.
Jelasnya, keputusan muktamad hanya boleh dibuat oleh JPP Peringkat Pusat.
Iklan
Ini kerana, katanya, kenyataan yang tidak melalui saluran parti dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan dan konflik sesama sendiri.
Menurut Syed Hamid, seramai 363,173 ahli yang berdaftar layak untuk menghadiri persidangan di 2,950 cawangan di dalam 189 bahagian di seluruh negara.
"Sejajar dengan arahan tersebut, sebanyak 538 cawangan di 37 bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan masing-masing.
"Sementara keputusan pemilihan di persidangan-persidangan itu tertakluk kepada penelitian dan pengesahan JPP," katanya.
Katanya, ahli-ahli tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan bertulis kepada JPP dengan menyertakan aduan jelas termasuk bukti-bukti berkaitan.
"Bantahan hendaklah disampaikan kepada JPP tidak lebih dari tujuh hari selepas tarikh persidangan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>