SKUAD boling lelaki negara mencipta sejarah apabila buat pertama kali merangkul trofi Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kowloon, Hong Kong pada Selasa.
Pada aksi final di Top Bowl, Kai Tak Sports Park, pasukan negara berdepan cabaran hebat untuk menewaskan Puerto Rico 3-2 (203-179, 216-257, 197-180, 185-222, 227-161).