Kes pertama disyaki Covid-19 dilaporkan di Honduras

Iklan
Kes pertama disyaki koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Honduras, Mexico.

MOSCOW - Kes pertama disyaki koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Honduras, lapor agensi berita Sputnik memetik portal Heraldo.

Menurut portal itu, seorang wanita berusia 48 tahun mendarat di Lapangan Terbang Toncontin.

Iklan
Iklan

Beliau terbang dari Los Angeles dan transit di Honduras dan dilaporkan bercuti di Taiwan.

Wanita itu menunjukkan gejala seperti batuk, selesema dan bersin. Beliau kemudian dihantar ke sebuah hospital di Tegucigalpa dan kini diletakkan di bawah pemantauan.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, jika keputusan ujian selepas 48 jam mengesahkan penyakit itu, wanita berkenaan akan diasingkan. - Bernama