Bahasa Melayu di kota Makkah
Iklan
Rata-rata peniaga atau pekerja di sekitar kota Makkah boleh bercakap bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Gambar hiasan
SAYA berpeluang mengerjakan umrah pada minggu ini. Saya bukanlah ahli agama, maka tidak perlulah untuk saya menulis tentang hal agama. Saya cuma ingin menulis tentang hal Melayu dan bahasa Melayu.
Suatu hari di kaki lima hotel, datang seorang lelaki muda Arab menegur saya tetapi dia cuba berbual dengan menggunakan bahasa Melayu. Saya bertanya bagaimana dia belajar bahasa Melayu?