Syed Yazid tidak bertanding jawatan Presiden FAM
Iklan
Syed Yazid Syed Omar.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu pada 15 Februari ini.
Sebaliknya, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden FAM.
Iklan
Iklan
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Penaung KLFA, Fahmi Fadzil pada Isnin.
Syed Yazid yang dipilih sebagai Presiden KLFA pada Oktober tahun lepas berkata, pihaknya tidak menyatakan sebarang hasrat untuk merebut jawatan presiden pada kongres berkenaan, malah memberi sokongan sepenuhnya kepada Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, sebagai peneraju FAM yang seterusnya.
Iklan
"Saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden FAM. Dalam masa yang sama, saya bagi pihak KLFA menyokong penuh Datuk Mohd Joehari untuk bertanding jawatan Presiden FAM,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media pada Isnin.
Kongres Pemilihan FAM bagi memilih barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang baharu bagi penggal 2025-2029, dengan presidennya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya.
Iklan
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah dan ahli korporat, Sayf Ismail, antara yang telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden.
Sementara itu, Mohd Joehari dikatakan sebagai calon yang ‘direstui’ untuk menggantikan Hamidin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>