Gempa bumi magnitud 6.9 landa barat daya Jepun

Iklan
Gempa bumi pada jam 9.19 malam itu mencatatkan kekuatan 5 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7 di sebahagian Wilayah Miyazaki. Foto hiasan

TOKYO - Gempa bumi dengan magnitud awal 6.4 melanda barat daya Jepun pada Isnin, dengan amaran tsunami dikeluarkan bagi wilayah Miyazaki dan Kochi, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudian menyemak semula magnitud gempa itu kepada 6.9.

Iklan
Iklan

Gempa bumi pada jam 9.19 malam itu mencatatkan kekuatan 5 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7 di sebahagian Wilayah Miyazaki, menurut JMA.

Tsunami juga dilaporkan di Miyazaki susulan gempa bumi berkekuatan 6.9 itu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, turut dilaporkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji nuklear di Wilayah Ehime. - Bernama