ADIA main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula ​​Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
ADIA salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi AS$1 trilion, memberi sumbangan penting termasuk kerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penstrukturan semula MAHB, selain pelaburan dalam projek infrastruktur utama yang menyokong pertumbuhan mampan negara.
Iklan
Iklan
Menerusi hantaran di laman Instagram beliau pada Isnin, Tengku Zafrul berkata, ADIA menyatakan komitmen untuk terus mempertingkat pelaburannya di Malaysia dan mencipta nilai lebih besar bagi memastikan kejayaan pelaburannya di negara ini dalam pelbagai sektor termasuk transformasi MAHB.
Beliau berkata, ADIA berminat untuk meneroka lebih jauh peluang pelaburan di Malaysia. Sentimen ini turut dikongsi oleh pengarah urusan Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dan pemimpin lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri pada pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Abu Dhabi semasa lawatan kerja tiga hari perdana menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Iklan
Di peringkat global ADIA memainkan peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan dan tenaga. Antara pelaburan utama syarikat itu di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdom dan Perancis, Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE), serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat.
Mengenai penstrukturan semula ​​MAHB, setakat 8 Januari 2025, Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) telah menerima penerimaan tawaran yang sah sebanyak 1.40 bilion saham, mewakili 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam MAHB.
Iklan
Tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat itu dibuat melalui GDA, dan pemberi tawaran bersama ialah Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd, dan GIP Aurea Pte Ltd.
GDA ialah konsortium yang bercadang untuk melakukan penstrukturan semula MAHB, terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, ADIA dan GIP milik BlackRock.
GDA berhasrat untuk menaik taraf dan memodenkan operasi MAHB, meningkatkan perkhidmatan penumpang, meningkatkan ketersambungan syarikat penerbangan dan pertumbuhan trafik. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT