Kebakaran Kupang: Penduduk nampak kelibat lelaki bertopeng
Iklan
Amir menunjukkan motosikal terpaksa disimpan dalam rumah kerana bimbang kejadian sama berulang.
BALING - Penduduk Kupang mendakwa kelibat dua lelaki bertopeng di Kampung Lubuk Kabu dalam keadaan mencurigakan disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran yang berlaku di Kampung Charuk Kapas, Kupang pada Ahad.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Charuk Kapas, Mohd Desa Jusoh mendakwa, penduduk pernah terserempak dengan dua lelaki bertopeng di tepi Jalan Parit Panjang-Kuala Pegang dalam keadaan mencurigakan.
Iklan
Iklan
"Malam kelmarin (penduduk) nampak kelibat dua lelaki bertopeng tidak bertopi keledar atas bukit, depa (mereka) cuba hambat (kejar) tetapi tak dapat dalam kejadian 9 malam lebih," katanya.
Dakwanya, sejak kejadian kebakaran berturutan yang berlaku di Kupang Disember tahun lalu, penduduk bimbang dan berjaga-jaga dengan melaksanakan rondaan malam bagi memastikan keselamatan terjamin.
Iklan
Sementara itu, di Kampung Tiak yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Charuk Kapas, satu cubaan membakar motosikal dikesan pada 5 Januari lalu.
Malah, mangsa mendakwa motosikal milik anak yang diletakkan di luar rumah, disimbah minyak tanah selain ternampak kelibat lelaki lari dalam keadaan lintang-pukang dipercayai suspek.
Iklan
Menurut Amir Hamzah, 46, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika dua anak lelakinya baharu pulang dari lokasi kemalangan di Kupang.
"Apabila mereka pulang dan masuk ke dalam rumah, anak saya Muhammad Izzat, 19, mahu keluar semula untuk mengambil barang yang tertinggal di luar manakala adiknya Muhammad Akif, 17, terus masuk ke dalam bilik.
"Tiba-tiba, dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh dan nampak kelibat lelaki melarikan diri melalui lubang tingkap...dalam keadaan cemas, dia cuba panggil adik serta jiran untuk kejar suspek namun tak sempat," katanya ketika ditemui pada Isnin.
Kesan tumpahan minyak tanah yang disyaki akibat perbuatan suspek.
Bercerita lanjut, Amir berkata, anaknya kemudian memeriksa motosikal dan mendapati ia sudah disimbah minyak tanah.
Jelas Amir, anaknya bernasib baik kerana bunyi botol terjatuh kemungkinan mematikan hasrat suspek untuk membakar motosikal.
"Sekiranya motosikal terbakar, mungkin rumah juga akan terbakar seperti kejadian di kampung-kampung lain, syukur kerana anak selamat kerana ketika kejadian, saya dan isteri ada di Pulau Pinang.
"Sekarang kami terpaksa simpan motosikal dalam rumah kerana bimbang kejadian sama berulang, malah penduduk di kampung ini turut melakukan rondaan setiap malam," katanya.
Selain itu, Pengerusi MPKK, Zabadil Bahri Ismail, 66, berkata, selepas kejadian di rumah Amir, penduduk mendakwa ternampak lagi kelibat lelaki kemungkinan suspek sama di kampung itu pada malam berikutnya.
"Kalau ikut andaian kami, suspek tahu selok-belok jalan di sini, walaupun kami melakukan rondaan dan berkawal di empat lokasi jalan utama masuk ke kampung tapi mereka tetap lolos.
"Kami sebenarnya sudah letih berjaga malam, tetapi untuk keselamatan penduduk kami teruskan rondaan, hairan macam mana mereka boleh lolos, ada jiran saya nampak kelibat mereka tapi apabila kejar, mereka hilang," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.