Sah dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM, anak Zahid mahu bantu pelajar susah
Iklan
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa 2 Januari hingga 1 Januari 2028.
SHAH ALAM - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) berkuat kuasa 2 Januari hingga 1 Januari 2028.
Jawapan diberi sekali gus menamatkan segala desas-desus yang bertebaran di media sosial sejak kebelakangan ini.