Ketua Wanita UMNO Setiawangsa, Seriwani Sabtu meninggal dunia
Iklan
Noraini berkongsi berita sedih berkenaan menerusi perkongsian di media sosialnya pada pagi ini
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa,Seriwani Sabtu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Isnin.
Berita sedih itu dikongsikan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di platform media sosialnya.
Iklan
Iklan
Menerusi perkongsian itu, Noraini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurutnya, pemergian Seriwani merupakan satu kehilangan besar dalam parti yang telah aktif sejak penubuhan Puteri UMNO.
Iklan
"Hari yang amat mendukacitakan buat seluruh kepimpinan Wanita UMNO Malaysia di atas kehilangan seorang sahabat yang telah banyak berjasa kepada parti yang saya kenali sejak di awal penubuhan Puteri UMNO.
"Bagi pihak kepimpinan Wanita UMNO Malaysia, kami mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan dicucuri rahmat ke atasNya," katanya di Facebooknya pada Isnin.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>