Isu pengurusan dalam dunia sukan
Iklan
Kes Zaidatul Husniah harus dijadikan iktibar untuk meningkatkan tahap pematuhan kepada standard antarabangsa.
TAHUN 2024 telah melabuhkan tirai dan 2025 membawa sinar baharu. Tahun ini seharusnya menjadi titik permulaan bagi semua pihak lebih fokus meningkatkan prestasi dan integriti, tidak terkecuali arena sukan.
Namun, cabaran lama terus menghantui seperti bayangan suram yang enggan beredar. Isu pengurusan yang kurang efisien dan kelalaian terhadap keperluan atlet menjadi seperti duri dalam daging, menyakitkan dan menghalang langkah ke hadapan.