LOS ANGELES - Bekas perenang Gary Hall Jr akan mendapat replika pingat Olimpik selepas pingatnya musnah dalam kebakaran dahsyat di Los Angeles, menurut agensi berita Jerman dpa.
"Kami bersolidariti penuh dengan warga Los Angeles dan amat mengagumi usaha gigih anggota bomba dan pasukan keselamatan," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam satu kenyataan pada Ahad.