Yu Qi tebus kecewa final ulangan Terbuka Malaysia
Iklan
Yu Qi muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pemain Denmark dalam aksi final di Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto AFP
PEMAIN nombor satu dunia, Shi Yu Qi menebus kekecewaan musim lalu dalam final ulangan berdepan Anders Antonsen dari Denmark apabila muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 sebentar tadi.
Malah kejayaan pemain China itu juga menamatkan penguasaan Denmark sejak tiga edisi lalu yang mengungguli kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.
Iklan
Iklan
Yu Qi menepati ramalan apabila memulakan saingan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu dengan langkah kanan apabila menang 21-8 pada set pertama.
Biarpun ditentang sengit Antonsen, pemain berusia 29 tahun itu meneruskan momentum positif apabila mengesahkan kemenangan 21-15 dalam tempoh 39 minit permainan.
Iklan
"Saya sangat gembira kerana sudah lama sejak perseorangan lelaki China memenangi gelaran di Malaysia.
"Tahun lepas, ketika saya menentangnya, dia beraksi dengan cemerlang. Jadi saya mengkaji semula aksi dengannya dan membaiki segala kelemahan.
Iklan
"Saya pastikan untuk lebih bersedia kali ini. Malah prestasi saya juga lebih baik. Ia termasuk kekuatan mental dan kemahiran di gelanggang," ujar Yu Qi.
Menerusi kemenangan itu membolehkan Yu Qi membawa pulang AS$101,500 (RM456,600).
Kali terakhir wakil China mengungguli kategori itu ialah enam tahun lalu menerusi Lin Dan pada 2019.
Sebagai rekod, Viktor Axelsen menawan Terbuka Malaysia pada edisi 2022 dan 2023 sebelum diteruskan pada musim lalu menerusi Antonsen yang menumpaskan jaguh China itu 21-14, 21-13 di pentas final.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>