Covid-19: Jumlah kematian di China meningkat kepada 2,000 orang

Iklan
Seorang wanita memakai topeng pelindung muka ketika melalui sebatang jalan di Shanghai semalam. -Foto AFP

BEIJING - Jumlah kematian akibat jangkitan koronavirus (Covid-19) di seluruh China melonjak kepada 2,000 orang selepas 132 kematian direkodkan di wilayah Hubei semalam.

Suruhanjaya Kesihatan dan Kesihatan Negara China melaporkan 1693 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 74,185 kes.

Iklan
Iklan

Singapura menjadi negara kedua tertinggi mencatatkan jumlah kes jangkitan Covid-19 dengan 81 kes, diikuti Jepun 74 kes.

Namun kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 542 kes.

Iklan
Iklan

Semalam, pengarah sebuah hospital di Wuhan, Dr Liu Zhiming menjadi pekerja perubatan ketujuh menjadi korban akibat virus berkenaan.- CNA