NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Januari lepas.
Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan memaklumkan, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa ketika mereka sedang mabuk dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam.