Jadilah kerajaan yang baik
Iklan
Menguruskan pentadbiran kerajaan wajib bersifat profesional dan berintegriti. Gambar hiasan
PERBALAHAN hampir setahun mengenai kewujudan Titah Adendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah memberi pengampunan dalam bentuk kelegaan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menimbulkan seribu satu persoalan mengenai kecekapan dan ketelusan pentadbiran kerajaan.
Bermula dengan pertanyaan rasmi peguam Mohd Najib kepada kerajaan pada Februari 2024, pertanyaan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada Mac 2024 sehinggalah kepada pemfailan semakan kehakiman pada April 2024 dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025; Kerajaan Madani gagal memberi satu penjelasan mudah dan tuntas kepada rakyat.