MOSCOW - Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas menerima maklumat mengenai perubahan pada paras cecair hidraulik, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Syarikat penerbangan menafikan maklumat mengenai pendaratan cemas pesawat yang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai pada 11 Januari 2025. Selepas berlepas, maklumat diterima mengenai perubahan paras cecair hidraulik," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.