Kelantan akan tambah baik tahap kebersihan, tarik lebih ramai pengunjung - Exco

Iklan
Kamaruddin. Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan menambah baik tahap kebersihan persekitaran dan kawasan pelancongan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan terutama membabitkan soal kebersihan dan sikap masyarakat yang perlu berubah untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih.

Iklan
Iklan

"Ada sesetengah masyarakat hanya menyerahkan tanggungjawab menjaga kebersihan kepada pihak berwajib dan menganggap itu adalah tugas mereka.

"Selain itu, kita juga yakin masyarakat di sini masih belum faham standard kebersihan sebenar terutama melibatkan tandas awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan 'Lion Kid Warrior Challenge' sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya sudah bekerja keras bagi meningkatkan tahap kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong namun isu itu masih lagi timbul. - Bernama