4 termasuk tiga sekeluarga maut nahas kereta, lori

Iklan
Empat maut termasuk tiga sekeluarga dalam nahas membabitkan kereta Toyota Vios dan lori di Jalan Batu 3 Kota Tinggi pada Sabtu. Foto tular

KOTA TINGGI - Empat maut termasuk tiga sekeluarga dalam nahas membabitkan kereta Toyota Vios dan lori di Jalan Batu 3 di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12.52 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Aieman Azriq Ahmad, 22, dan Nurul Fazilah Noor Azmi, 22, serta anak mereka, Aryan Khalif, 5 bulan.

Iklan
Iklan

Seorang lagi mangsa ialah Mohammad Rasyid Razali, 18, merupakan rakan kepada Aieman Azriq.

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat bagi di lokasi kemalangan di Jalan Batu 3, Kota Tinggi pada Sabtu. Foto JBPM

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Shahrulnizam Johari berkata, sembilan anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Tenggara dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu lima tan.

"Anggota mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan 'Resque Tools' sehingga selesai.

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat bagi di lokasi kemalangan di Jalan Batu 3, Kota Tinggi pada Sabtu. Foto JBPM

"Terdapat empat mangsa iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki di dalam kereta serta seorang pemandu lori lelaki dewasa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang meninggal telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Pemandu lori berkenaan pula hanya cedera ringan," katanya.