UM tutup dua premis 24 jam didakwa jual sandwic diragui halal

Iklan
Kenyataan dikeluarkan oleh pihak UM (gambar kecil), Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal. (Foto hiasan) 123rf

SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

UM dalam satu kenyataan memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

Iklan
Iklan

"Terdapat penemuan produk pek sandwic yang memaparkan label 'sandwic ham & cheese' serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.

"Oleh itu, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Tambah kenyataan itu, UM sentiasa memastikan bahawa produk yang terjual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur yang dikenakan.