Optimum potensi tenaga buruh
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai AI bakal pengaruhi lebih 30 peratus pekerjaan. (Gambar kecil: Muhamad Rias)
PROGRAM penempatan semula mampu menjadi langkah responsif terhadap cabaran pekerjaan tenaga mahir yang dipengaruhi kecerdasan buatan (AI) membabitkan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Pakar ekonomi, Dr Muhamad Rias KV Zainuddin berkata, beliau melihat inisiatif itu juga merupakan peluang untuk mengoptimumkan potensi tenaga buruh tempatan demi pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.