Dilema dunia jururawat
Iklan
Sektor kesihatan di Malaysia kini berdepan senario sangat mencabar iaitu kekurangan jururawat yang diunjurkan hampir 60 peratus menjelang 2030. Gambar hiasan
PADA 1853, satu perang besar berlaku di benua Eropah yang mementaskan konfrontasi bersenjata antara Empayar Rusia dengan Persekutuan Perancis, United Kingdom, kerajaan Sardinia dan Empayar Uthmaniyah.
Perang tersebut ialah Perang Krimea yang tertumpu di kawasan Turki Barat dan Lautan Baltik. Ia berlanjutan sehingga 1856 dan pada kaca mata pengkaji sejarah ketenteraan, Perang Krimea dianggap antara peristiwa besar yang telah mempengaruhi arus politik Eropah.