ASEAN, Malaysia perlu kekal tidak berpihak
Iklan
Trump dalam satu sidang akhbar secara terbuka melaungkan keinginan agar AS memperoleh Greenland dan Terusan Panama demi memperkukuhkan aspek keselamatan negara itu. - Foto Agensi
SEJAK terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada penggal pertama tahun 2016-2020, Donald J Trump tidak asing dengan perwatakan agresif di samping laungan idea-idea ‘gila’ yang dianggap sebagai retorik politik.
Pengunduran AS daripada Perjanjian Paris mengenai isu perubahan iklim, pengenalan larangan perjalanan Muslim Ban terhadap individu-individu dari beberapa negara Islam daripada memasuki AS dan penarikan diri daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) merupakan antara beberapa dasar pentadbiran Trump yang dianggap kontroversi.