JKPK cadang tak teruskan PLKN 3.0
Iklan
JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0 - Gambar hiasan
PADA 5 Disember 2024, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang saya pengerusikan telah mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Bagi kami, sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakannya, maka satu kajian lebih mendalam dan terperinci perlu dibuat terlebih dahulu.