Malaysia sokong Jepun jadi Pengerusi Bersama Persidangan CEAPAD
Iklan
Anwar (kanan) mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba di bangunan Perdana Putra pada Jumaat. Foto Bernama
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif yang membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin sangat bermakna bagi Malaysia.
Iklan
Iklan
"Dalam isu serantau, kami bersetuju untuk menyokong inisiatif Jepun untuk bersama-sama mempengerusikan mesyuarat menteri pada Julai, (yang mana ia) sebuah persidangan kerjasama antara negara-negara Asia Timur untuk pembangunan Palestin," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishib di sini sempena lawatan pertama pemimpin itu ke Malaysia, pada Jumaat.
Iklan
Sementara itu, Shigeru menyifatkan Malaysia antara negara yang memiliki penduduk Islam terbesar sebagai jambatan penghubung antara Asia Tenggara dan Asia Barat.
"Berkaitan dengan situasi di Timur Tengah, termasuk di Gaza serta memanfaatkan pengetahuan Asia Timur untuk mencapai kebebasan ekonomi di rantau berkenaan, kami bersetuju untuk bekerjasama demi keamanan dan kestabilan serantau,” katanya.
Iklan
CEAPAD merupakan sebuah persidangan serantau yang dimulakan oleh Jepun pada tahun 2013 untuk menyokong usaha pembinaan negara Palestin dengan memanfaatkan sumber, pengetahuan dan pengalaman pembangunan ekonomi negara-negara Asia Timur.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>