'Ramalan soalan SPM tidak semestinya tepat'
Iklan
Soalan ramalan yang sering dikongsikan guru-guru kepada pelajarnya sebagai persediaan, bukan menggambarkan kertas sebenar peperiksaan kerana kerahsiaannya dipelihara. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Soalan ramalan yang sering dikongsikan guru-guru kepada pelajarnya sebagai persediaan bukan menggambarkan kertas sebenar peperiksaan kerana kerahsiaannya dipelihara.
Pakar Pendidikan, Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, isu itu bukanlah perkara yang baru dan mengejutkan kerana tidak semestinya ramalan yang dibuat adalah tepat 100 peratus.