MELAKA - Seorang pemandu lori cedera parah setelah tersepit dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 178.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara dari Tangkak ke Jasin, di sini pada Khamis.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi dan sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.