JOHANNESBURG - Polis Afrika Selatan menahan lima individu pada Rabu, termasuk seorang dipercayai cucu bekas Presiden, Nelson Mandela kerana merampas kereta dan memiliki senjata api tanpa lesen, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakap Jabatan Polis Metro Johannesburg (JMPD), Xolani Fihla berkata, polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.