114 projek pembangunan di Kelantan siap
Iklan
Nik Nazmi
KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 467 projek pembangunan di Kelantan dan 114 daripada jumlah itu siap sepenuhnya.
Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebanyak 115 lagi projek baharu diluluskan tahun ini menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM25.7 bilion.
Iklan
Iklan
Menurutnya, projek yang berstatus siap ialah pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Fasa 1, Hospital Bachok, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dan Kolej Komuniti Jeli.
"Beberapa projek berimpak tinggi yang kini dalam pelaksanaan termasuk fasiliti sukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma 2028), pembinaan jambatan Palekbang dan Pembinaan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB)-Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kota Bharu," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sesi Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Bersama Menteri NRES pada Khamis.
Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jasri Kasim.
Iklan
Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Menteri NRES berkata, secara keseluruhan, Kelantan membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion iaitu 84.98 peratus daripada jumlah peruntukan asal Kementerian Kewangan iaitu RM2.8 bilion.
"Ini menunjukkan prestasi yang baik namun kita berharap perbelanjaan tahun ini akan lebih baik dengan pelbagai projek pembangunan yang dijangka akan memulakan pelaksanaannya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>