JKM cari ibu kandung bayi perempuan
Iklan
Bayi perempuan berusia 10 bulan ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya selepas dilahirkan.
BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan ibu kandung seorang bayi perempuan berusia 10 bulan yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya pada 18 Februari 2024.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Noor Liza Azezool berkata, bayi yang belum diberi nama itu ditinggalkan ibu kandungnya di wad hospital terbabit.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bayi itu ditinggalkan ibu kandungnya yang juga warganegara Indonesia dikenali sebagai Afriyanti Hafsari tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
"Cubaan menghubungi dan mengesan ibu kandung juga gagal.
Iklan
"Bayi tersebut kini berada dalam jagaan sementara ibu bapa angkat yang tinggal di Bukit Mertajam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Beliau berkata, permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media.
Iklan
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung ibu kandung bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Nur Syahida di talian 04-538 2584.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>