Jikalau ada, katakan ada
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Najib dibenar mula semakan kehakiman Titah Adendum.
TELAH terbukti sekarang apa yang dikatakan Titah Adendum itu sebenarnya wujud. Tapi selama ini kenapa dikatakan tiada? Riuh rendah individu tertentu dan pihak-pihak berwajib menafikan wujudnya. Ada yang dah tengok tapi cepat-cepat menafikan pernah menengok.
Awang rasa pelik bin ajaib mengapa surat itu"disorokkan” daripada pengetahuan orang ramai. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?