[EKSKLUSIF] PFA digantung FAM: Pembangunan bola sepak Perlis tidak terganggu
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Disember lalu. (Gambar kecil: Zamri)
PERANCANGAN pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi negeri Perlis pada 2025 tidak akan terganggu biarpun Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) digantung keahlian di dalam Mesyuarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 4 Disember lalu.
Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, persatuan itu tetap mendapat dukungan baik daripada Kerajaan Negeri untuk terus membangunkan pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi di negeri tersebut.