Tiga kesan jika kerajaan terus bersikap ‘biar mahkamah selesaikan’
Iklan
Muhammad Asri (dua dari kiri) ketika Wacana Sinar edisi 470 bertajuk ‘Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib’ yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
SHAH ALAM - Terdapat tiga kesan kepada kerajaan jika terus bersikap ‘biar mahkamah selesaikan’ dalam isu Titah Adendum termasuk dilihat gagal memahami konsep kedaulatan negara.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, selain itu, rakyat mungkin melihat kerajaan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong yang penting kepada orang Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
Iklan
"Ketiga, sekiranya nasib seorang warganegara yang bergelar bekas Perdana Menteri tidak dapat dipertahankan oleh satu sistem perundangan, bagaimana dengan nasib orang awam?
"Kesan krisis ini bukan dalam negara sahaja, satu dunia akan melihat Malaysia untuk sekian lama.
Iklan
"Kalau bertukar kerajaan sekalipun masih sama seperti dahulu. Negara ini bukan ditadbir oleh proses undang-undang sebaliknya peraturan itu digunakan untuk kepentingan politik dan sebagainya,” katanya.
Muhammad Asri.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar edisi 470 bertajuk ‘Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib’ yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Setiausaha Koordinasi Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Iswardy Morni.
Dalam pada itu, Muhammad Asri berkata, kurang kefahaman dalam konsep kedaulatan merupakan satu perkara serius kerana ia boleh mendorong kepada kecelaruan.
Menurutnya, kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati kerana ia merupakan tonggak kedaulatan dan kehormatan negara.
"Apatah lagi perkara itu berlaku di pihak kerajaan menunjukkan bagaimana lemahnya kefahaman kerajaan dalam menguruskan kedaulatan.
"Keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu mesti diangkat sebab ia kunci kedaulatan
"Soal keputusan itu dibuat sama ada sewaktu atau selepas Lembaga Pengampunan, bagi saya ia bukan isu,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.