'Situasi politik dinamik, UMNO tidak tolak kerjasama parti politik lain' - Armand Azha
Iklan
Armad Azha ketika program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib' yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - UMNO tidak menolak kemungkinan sekiranya perlu bekerjasama dengan parti politik lain seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada masa akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanafiah berpandangan, situasi politik yang dinamik ketika ini menyebabkan banyak perubahan berlaku, namun setiap keputusan memerlukan perbincangan terperinci pimpinan tertinggi parti.
Iklan
Iklan
Malah menurutnya, kehadiran beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) ketika perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin di Putrajaya, hanya untuk kepentingan parti politik masing-masing.
"Ahli UMNO yang hadir (perhimpunan solidariti) untuk tuntut keadilan terhadap bekas Presiden parti (Najib). Kalau nak kata kerjasama politik bersama Pas, Bersatu atau sebagainya, situasi politik sekarang sangat dinamik dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Iklan
"Kali ini politik ditentukan oleh rakyat yang secara jelas mempunyai pandangan berbeza. Bagi saya, kerjasama politik bersama pembangkang atau PH (Pakatan Harapan), serahkan keputusan kepada barisan kepimpinan tertinggi parti UMNO dan BN," katanya dalam program Wacana Sinar Harian Edisi 470 bertajuk 'Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib' pada Selasa.
Turut hadir sebagai panelis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dan Setiausaha Koordinasi Penerangan Parti Keadilan Rakayat (PKR), Iswardy Morni manakala Ismail Adnan bertindak sebagai hos rancangan.
Iklan
Wacana Sinar Harian bertajuk 'Politik 2025, Perpaduan Melayu dan Faktor Najib' menampilkan (dari kiri) Ismail, Dr Muhammad Asri, Armand Azha dan Iswardy yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sebelum ini media melaporkan, antara pemimpin PN yang turut hadir memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Kehadiran pemimpin pembangkang di Istana Kehakiman Putrajaya dikatakan kerana isu titah diraja yang didakwa membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, adalah perkara kepentingan awam.
Dalam pada itu, Armand Azha menjelaskan, setiap keputusan melibatkan kerjasama antara UMNO dengan parti lain perlu melalui proses perbincangan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang turut mengambil kira pandangan akar umbi seluruh bahagian.
"Kita serahkan kepada akar umbi untuk tentukan dan bawa kepada kepimpinan tertinggi, seterusnya MKT bawa dalam mesyuarat untuk ditentukan.
"Dalam keadaan hari ini saya berpegang kepada keputusan rasmi kerana UMNO parti berinstitusi, tidak salah mempunyai pandangan berbeza," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.