Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum perlukan dana naik taraf surau
Iklan
Surau Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum yang perlu dinaik taraf.
BUTTERWORTH - Surau Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum di Jalan Bendahara, Teluk Air Tawar di sini akan dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada jemaah.
Pengerusi Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum, Aizad Mohd Noor berkata, surau berkenaan sekian lama diwakafkan dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
"Surau yang berkeluasan 185.8 meter persegi ini sudah terlalu usang menyebabkan perlu dibaiki.
"Kami memerlukan dana berjumlah RM100,000 untuk kerja-kerja naik taraf surau ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Iklan
Menurut beliau, surau berkenaan dapat menampung kapasiti 200 jemaah pada satu-satu masa dan terdapat beberapa bahagian penting yang menjadi tumpuan untuk dibaik pulih.
"Antaranya termasuklah bahagian dalaman ruang solat, siling kapur dan tandas.
Iklan
"Surau juga memerlukan pemasangan permaidani, pendawaian elektrik dan sistem pembesar suara yang baharu,” katanya.
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke nombor akaun Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum menerusi Bank Islam 07016010067050 atau hubungi Aizad (019-4759271) untuk maklumat lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>