Keputusan mahkamah beri harapan perjuangan Najib dapat keadilan sewajarnya
Iklan
Pasukan peguam bekas Perdana Menteri ke-6 menjangkakan Najib dikeluarkan daripada tahanan penjara dalam tempoh sebulan.
KUANTAN - UMNO Pahang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kesahihan kewujudan Titah Adendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 untuk beliau menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi tahanan dalam rumah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu telah memberi harapan kepada Najib dan keluarga serta semua untuk terus memberi kepercayaan kepada perjuangan beliau bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, UMNO Pahang turut menjunjung setinggi kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memperakukan kewujudan dan kesahihan Titah Adendum membenarkan bekas Najib menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah.
"Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu itu membuktikan bahawa afidavit dikemukakan saya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berasas dan tidak bersifat khabar angin," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Iklan
Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang berkata, UMNO sentiasa menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan menghormati proses kehakiman negara serta institusi diraja.
"Saya justeru itu, menyeru kepada semua ahli UMNO untuk terus bersatu hati dan jangan biarkan sebarang isu memecahbelahkan perpaduan dalam parti," ujarnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>