Persoalan daripada kajian KRI
Iklan
Persoalan yang tercetus akibat kajian KRI itu wajib didalami oleh kerajaan, pentadbiran awam, kalangan politik, ekonomi dan akademik. Gambar hiasan
KALAU ikut hasil kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang terbaharu, pembahagian kekayaan kita tidak seperti diuar-uarkan dan pengelasan sosioekonomi tidak mencerminkan keadaan yang sebenar.
Pertama, pengelasan ekonomi penduduk negara kita selama 15 tahun kepada T20, M40 dan B40 adalah songsang. Pengelasan itu adalah mengikut acuan Bank Dunia.