Isu Najib: Tuntut keadilan atau raih simpati
Iklan
Segelintir beranggapan bahawa gandingan Pas dan UMNO mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 6 Januari depan adalah langkah menuju Muafakat Nasional 2.0
MEMO tular pada 28 Disember lalu berhubung Pas yang akan mengadakan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari 2025 telah mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi yang menghangatkan suhu politik tanah air.
Walaupun pada dasarnya ia kelihatan seperti satu bentuk usaha solidariti, himpunan itu telah mencetuskan perdebatan sengit apabila ramai beranggapan keprihatinan sesetengah pihak sekadar permainan wayang politik berbanding memperjuangkan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di balik tirai besi.