GWANGJU (Korea Selatan) - [DIKEMAS KINI] Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mangsa pertama yang dikebumikan yang identitinya dirahsiakan, berlangsung di sebuah rumah mayat di Gwangju, kira-kira 270 kilometer ke selatan Seoul, pada pagi Khamis selepas mayatnya yang ditemukan dalam keadaan baik diserahkan kepada keluarga pada Isnin.