'Hanya sebatan luar penjara'
Iklan
Pelaksanaan hukuman sebat depan khalayak ramai masih diteruskan di wilayah Aceh meskipun terdapat usaha pelaksanaan itu dihentikan pada 2018.
HUKUMAN takzir sebatan bagi pesalah khalwat (perbuatan berkhalwat atau berduaan tanpa ikatan pernikahan yang sah menurut hukum syarak) merupakan satu bentuk hukuman yang dijalankan di beberapa negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia (Aceh), dan Arab Saudi.
Walaupun takzir merujuk kepada hukuman dikenakan pihak berkuasa berdasarkan tafsiran undang-undang syariah setempat, hukuman sebatan merupakan antara bentuk hukuman paling kerap dijalankan.