Tahun baharu, derita lama buat Palestin
Iklan
Tahun baharu 2025 tidak menjanjikan nasib lebih baik buat seluruh rakyat Palestin di Gaza. Foto hiasan
MEMASUKI tahun baharu 2025, nasib hampir dua juta rakyat Palestin yang menjadi gelandangan di negara sendiri akibat jenayah perang rejim Zionis masih kelihatan kelam.
Sejarah berulang kali membuktikan Israel sering mengabaikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghormati undang-undang antarabangsa termasuk isu pendudukan haram.