Perlu ada ruang wacana awam
Iklan
Negara ini mempunyai ramai cerdik pandai dan yang pasti semua ingin membantu untuk Malaysia lebih maju, makmur, aman dan lebih berjaya. Foto hiasan
HAMPIR setiap tahun, sama ada di hujung atau permulaan tahun kita akan memulakan dengan azam dan doa moga tahun baharu akan memberikan cahaya dan sinar kejayaan.
Azam dan doa sahaja tidak mencukupi kalau usaha dan persekitaran serta pertumbuhan ekonomi di keliling kita tidak selari dengan aspirasi dan cita-cita yang kita dambakan.