Anwar dan pentadbiran sepanjang 2024
Iklan
Menjelang PRU16, Anwar dan kerajaannya perlu bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat dan memastikan setiap janji reformasi dilaksanakan dengan berkesan. Gambar kecil: Hussain Yusri dan Mohd Yusri
TAHUN 2024 telah melabuhkan tirai dan antara momen signifikan menjadi sorotan pastinya pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menginjak usia dua tahun.
Tahun 2024 menjadi cerminan kepada kemampuan Kerajaan Madani dalam menghadapi pelbagai cabaran dan melaksanakan agenda reformasi.