Pesta ular mengawan paksa taman ditutup

Iklan
Puluhan ular yang berkumpul sempena musim mengawan memaksa pihak berkuasa menutup sebahagian taman di Florida.

TALLAHASSEE - Sebahagian taman di bandar Florida, Amerika Syarikat terpaksa ditutup selepas penduduk tempatan menemui puluhan ekor ular berkumpul di kawasan itu.

Jabatan Taman dan Rekreasi Lakeland menerusi laman Facebooknya berkata, haiwan itu berkumpul sempena musim mengawan tahunan.

Iklan
Iklan

Susulan itu, pihak berkuasa menutup kawasan reptilia berkenaan ditemui untuk keselamatan orang ramai dan spesies tersebut.

"Ia adalah spesies ular air Florida. Ular jenis ini tidak berbisa dan agresif selagi tidak diganggu. Selepas selesai mengawan, ia akan beredar," katanya.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Tim Newberry yang memuat naik gambar ular di Facebook memberitahu, dia melihat sekurang-kurangnya 25 ekor ular pada hari itu. - AFP