PUTRAJAYA - Setiausaha Bahagian Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) di Kementerian Luar Negeri (KLN), Dr S Raja dilantik sebagai pakar dalam Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) berkuat kuasa 1 Januari sehingga 31 Disember 2025.
Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, pelantikan Raja menjadikan beliau salah seorang daripada tujuh pakar dari rantau Asia berada dalam SAB.