Islam haramkan penganutnya lakukan upacara agama lain - Hadi Awang
Iklan
Hadi Awang
SHAH ALAM - Islam mengharamkan umatnya melakukan upacara agama lain dan penganut agama lain juga perlu menghormati haknya itu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut berkata, Islam tidak membolehkan paksaan terhadap penganut agama lain untuk memeluk agama Islam dan pada masa yang sama tidak mengganggu upacara agama lain.
Iklan
Iklan
"Tercetus persoalan oleh beberapa pihak menggunakan akal tanpa panduan yang betul. Pas menjadi sasaran serangan media anti-Islam kerana meletakkan akidah perjuangannya.
"Ramai kalangan yang jahil agama dan buta al-Quran tidak peka bahawa terdapat perbezaan antara fitrah (naluri) tingkah laku semula jadi manusia berakal serta beragama dengan binatang atau makhluk lain. Nalurinya berbeza sehingga bernafsu, tidak berakal.
Iklan
"Islam adalah agama fitrah manusia yang bernalurikan individualistik, berjasad dan bermasyarakat madani, maka banyak ajarannya dilihat daripada aspek naluri kejadian makhluk terutama manusia,” katanya menerusi ‘Minda Presiden Pas’ di Facebook beliau pada Isnin.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menempelak Pas kerana bersikap hipokrit terhadap sambutan Hari Krismas yang diadakan di pejabat Kementerian Perumahan serta Kerajaan Tempatan baru-baru ini.
Iklan
Beliau mendakwa pendirian parti tersebut tidak konsisten apabila memberi kenyataan bercanggah tentang perayaan berkenaan kerana turut memberikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas pada Selasa.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ahad menyatakan tindakan undang-undang terhadap Kor Ming akan diambil susulan kenyataannya mendakwa parti berkenaan sebagai sesat, menyebarkan ajaran sesat, menunggang agama, merosakkan keharmonian masyarakat dan menyekat sambutan Krismas.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Malaysia telah diislamkan penduduk asalnya iaitu Melayu maka ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.
"Adapun penganut agama lain dibenarkan menganut tanpa paksaan memeluk Islam. Sepatutnya, penganut agama lain menghormati dan menghargai hak yang diberikan kepada mereka.
"Malangnya, ada parti yang bersuara melanggar sempadan konsep ini. Terdapat pula dalam kalangan penganut Islam hanyut sesat bersama kerana fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia sesat agama para anbia’,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>